Pages

Tuesday 12 June 2012

MARI BERJALAN

CARA PALING MUDAH UNTUK BERSENAM

Untuk sihat, sasarkan berjalan 10,000 langkah sehari.
Mahu bersenam tetapi tak larat? Bersenam tidak bermakna kita harus berlari, melompat atau beraerobik bagai nak rak. Ia juga tak bermakna kita mesti mengeluarkan duit untuk menggunakan gimnasium. Ada banyak cara untuk kita bersenam. Cara paling mudah, murah dan tidak menyakitkan ialah dengan berjalan.
Berjalan banyak faedahnya. Ia boleh mengurangkan risiko pelbagai penyakit, antaranya penyakit jantung, diabetes, osteoporosis, kanser usus, payudara dan prostat, selain menurunkan para kolestrol dalam badan dan mengawal tekanan darah. Berjalan juga boleh membantu mengawal tekanan darah, berat badan, mengurangkan stres dan mengekalkan kekuatan otot.
Tetapi berjalan untuk tujuan bersenam juga ada caranya. Anda mestilah memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian dan antara panduan berjalan secara betul ialah:
  • Tumit ke jari kaki.
  • Tapak kaki selaras dengan tumit
  • Tegakkan kepala.
  • Luruskan bahagian belakang badan.
  • Hayun tangan mengikut keselesaan.
  • Bernafas seperti biasa, melalui hidung.
regangkan_badan_2Anda boleh melakukan senaman berjalan di tempat kerja mahupun di rumah. Di pejabat, sekiranya anda mempunyai urusan, minimumkan penggunaan telefon sebaliknya ambil peluang untuk berjalan kaki sekitar pejabat.
Sewaktu di tempat kerja, luangkan masa antara lima dan 10 minit pada waktu rehat untuk berjalan di sekitar kawasan pejabat. Sekiranya anda bekerja di bangunan bertingkat, gunakan separuh perjalanan menaiki lif dan separuh lagi menggunakan tangga.
Apabila berada di rumah, anda boleh berjalan untuk ke kedai. Pada waktu lapang, anda boleh berjalan bersama keluarga di kawasan berdekatan rumah. Waktu menonton televisyen, kurangkan bergantung kepada alat kawalan jauh. Mengemas rumah juga adalah satu senaman yang baik. Untuk menghilangkan kebosanan, anda boleh menari sambil mengemas rumah untuk mengeluarkan peluh.


Untuk mencapai kehidupan yang aktif dan sihat, sasarkan 10,000 langkah sehari. Berjalan 10,000 langkah sama seperti:
  • Berenang selama 90 minit
  • Berbasikal selama 70 minit
  • Perjalanan sejauh 6-8 kilometer
  • Bermain bolasepak selama 90 minit
Cara terbaik untuk mengetahui sejauh mana anda sudah berjalan ialah dengan merekodkan bilangan langkah anda untuk empat hari (dua hari bekerja dan dua hari hujung minggu). Jumlahkan bilangan langkah untuk 4 hari dan bahagikan dengan 4.
Contoh:
Selasa = 7,600 langkah
Khamis = 8,200 langkah
Sabtu = 5,400 langkah
Ahad = 5,500 langkah
Jumlah langkah = 27,100 langkah.
Bilangan langkah asas = 27,100 bahagi 4 = 6,775 langkah sehari.
  • Catatkan jumlah bilangan langkah asas ini ke dalam log peribadi anda
  • Gunakan bilangan langkah asas ini untuk menetapkan bilangan langkah yang ingin anda sasarkan setiap hari
  • Sasarkan penambahan purata 1,000 – 2,000 langkah setiap minggu.
Lapan langkah mudah memulakan program berjalan kaki:regangkan_badan_dulu
  • Tetapkan matlamat
  • Tetapkan tempoh untuk berjalan
  • Pilih waktu yang terbaik
  • Pakai pakaian yang sesuai
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Berjalan bersama keluarga atau rakan
  • Jangan ambil peduli apa orang kata dan fokuskan perhatian bahawa anda berjalan demi kesihatan diri
  • Rekodkan kemajuan anda.
Setelah anda menjadikan berjalan sebagai rutin harian, teruskan sebagai aktiviti senaman berjalan pantas (brisk walking) dengan mengambil kira langkah berikut:
  1. Lakukan regangan sebelum berjalan
  2. Lakukan regangan selepas berjalan
  3. Tetapkan jarak dan masa
  4. Pilih laluan yang sesuai dan selamat
  5. Minum air secukupnya
  6. Lakukan senaman berjalan 3 hingga 5 kali seminggu
  7. Jalan memaksa diri dan berjalan ikut kemampuan.
  • Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

*SAYA MENCADANGKAN AGAR BERSENAM SAMBIL MEMAKAI PREMIUM 
  BEAUTIFUL AGAR MENDAPAT KESAN YANG MAKSIMUM.

*INI KERANA DENGAN MEMAKAI PB SAHAJA 900 KALORI DIBAKAR

*TERBUKTI BERKESAN

utk penerangan dan pemakaian percuma hubungi 019-2677949



No comments:

Post a Comment