Ovarian cysts
Ovarian
cysts ialah ketumbuhan berbentuk sarung yang terjadi di bahagian ovari dan ia
dipenuhi oleh cecair. Ovari ialah organ kecil yang terdapat pada sebelah kanan
dan kiri saluran peranakan perempuan. Ia mengeluarkan telur setiap bulan, di
samping mengeluarkan hormon oestrogen dan progesterone.
Setiap
bulan, semasa ovari mengeluarkan telur, satu struktur berbentuk seperti cysts
yang dinamakan follikel, tumbuh di dalam ovari. Bila ia matang, follikel ini
akan pecah dan telur-telur yang ada di dalam follikel ini pun dikeluarkan.
Sekiranya tidak berlaku proses percantuman dengan sperma (iaitu tidak
mengandung) follikel yang telah kosong itu akan hilang dengan sendirinya. Cysts
mungkin terjadi semasa proses semulajadi ini berjalan.
Kitaran menstrual (haid) memerlukan koordinasi fungsi-fungsi
gland pituitari, ovari, uterus dan cerviks. Gland pituitari yang terletak di
kepala mengeluarkan hormon-hormon bernama FSH dan LH. Hormon-hormon ini akan
memberikan arahan kepada ovari.
Telur di dalam ovari menjadi matang bila kandungan FSH di dalam
darah tinggi. Pada masa yang sama ovari akan mengeluarkan hormon oestrogen.
Bila gland pituitari mengeluarkan hormon LH pada kadar yang
tinggi, follikel yang mengandungi telur-telur akan pecah dan telur-telur ini
akan dikeluarkan ke dalam tiub fallopian.
Follikel yang telah dikosongkan itu dinamakan corpus luteum dan
ia mengeluarkan hormon progesterone.
Lapisan uterus pula membiak dan membesar dengan adanya hormon
oestrogen. Progesterone akan menyebabkan lapisan uterus tersebut bersedia
untuk menerima proses persenyawaan (mengandung).
Sekiranya tiada persenyawaan, corpus luteum akan berhenti
mengeluarkan progesterone. Ini menyebabkan lapisan uterus tersebut
disingkirkan - proses yang dinamakan kedatangan haid.
|
Cysts
adalah keadaan yang biasa berlaku pada wanita yang sudah baligh tetapi belum
menopause. Cysts juga lebih kerap terjadi pada pesakit yang mengambil ubat
valporate (untuk sawan), mereka yang mengalami pelvic inflammatory disease
(PID) atau yang menghadapi masalah pemakanan dipanggil bulimia. Ada jenis utama
:
- functional
cysts - berlaku sebagai salah satu proses ovulasi (pengeluaran telur).
Saiznya agak kecil dan selalunya ia hilang tanpa perlu rawatan. Ada
kalanya ia perlukan pembedahan. Kebanyakan cysts tidak menyebabkan kanser.
Kanser ovari lebih kerap terjadi pada orang yang berusia tua (dalam 50
hingga 70 tahun).
- corpus luteum
cysts (sila lihat di dalam kotak di atas).
- abnormal cysts
atau neoplastic cysts - berlaku bila hormon di dalam badan tidak seimbang.
Ini mungkin berlaku kerana sakit-sakit tertentu atau kerana rawatan kepada
masalah ovulasi. Antara cysts dari jenis ini ialah :
- dermoid cysts
(dipenuhi dengan pelbagai tisu seperti rambut, mukus dan tisu kulit)
- cystadenoma
cysts
- endometriomal
cysts. Endometriomal cysts mengandungi darah - selalunya rawatannya
memerlukan pemberhentian kitaran haid dan ini dilakukan dengan permberian
pil perancang atau melalui suntikan hormon progesterone dan hormon dari
jenis GnRH.
- polycyctic
ovarian disease. Cysts yang terbentuk dari follikel boleh menyebabkan
ovari membesar dan ia membentuk satu lapisan tebal yang boleh menghalang
proses ovulasi.
Cysts
yang ditemui sebelum akil baligh atau selepas menopause mungkin merbahaya dan
menyebabkan kanser. Oleh itu ia perlukan perhatian yang sewajarnya.
Tanda-tanda
Kebanyakan
cysts tidak menyebabkan apa-apa tanda. Bagaimanapun antara tanda-tanda yang
selalu dialami ialah :
- masalah
kedatangan haid - lewat datang haid, tidak tetap atau haid yang sakit
- rasa tekanan
atau rasa penuh di dalam perut
- sakit semasa
perhubungan kelamin
- berat badan
berambah
- sakit semasa
melakukan senaman atau latihan fizikal
- proses
berkaitan dengan pembuangan air besar atau kecil tidak tetap. Contohnya
semakin kerap membuang air, sembelit
- pertambahan
berlaku pada bulu muka atau badan
Cysts
yang pecah boleh menyebabkan tanda-tanda :
- sakit perut
yang kuat
- pening dan
muntah
- pendarahan
dalaman
Apa yang harus dibuat untuk mencegahnya ?
Sebab
berlakunya ovarian cysts ini tidaklah diketahui sepenuhnya. Oleh itu
pemeriksaan pelvik hendaklah selalu dibuat. Sekiranya ada, pemeriksaan untuk
mengesahkan kewujudannya bolehlah dilakukan dan ini termasuklah :
- ultrasound
- CT scan
bahagian perut
- MRI
- X-ray ada
saluran kencing
- diagnostic
laparoscopy
- ujian darah
untuk menguji tahap CA-125 - untuk menentukan cysts tersebut boleh menjadi
kanser
Pil
perancang mungkin berupaya menghalang terjadinya cysts.
Rawatan
Pembedahan
tidak akan dilakukan sekiranya:
- cysts kurang
daripada 5 sm
- cysts adalah
functional cysts
- berlaku pada
sebelah ovari sahaja
- wanita tersebut
dalam usia antara sudah baligh dan sebelum menopause (iaitu boleh datang
haid)
- tiada
benda-benda berkaitan seperti cecair di dalam pelvis
- tiada tanda
sakit yang terlalu kuat
Dalam
keadaan di atas, pesakit disarankan menunggu dan ujian dijalankan lagi dalam
masa sebulan selepas itu. Sekiranya ia mengecut atau hilang, tiada apa yang
perlu dilakukan lagi. Sekiranya ia terus begitu atau membesar, ia mungkin
terpaksa dibuang.
Cysts
yang lebih daripada 5 sm atau yang tidak hilang dengan sendirinya mungkin
memerlukan pembedahan untuk membuangnya. Antara rawatan yang dijalankan ialah :
- pemberian pil
perancang keluarga
- laparoscopy di
mana cysts dibuang atau cecair di dalamnya dikeluarkan
- laparotomy di
mana pembedahan dibuat di atas perut untuk membuang cysts
Pesakit
perlu mengurangkan pengambilan kaffein (coklat, kopi, cola dsb.). Ambil ubat
tahan sakit sekiranya sakit.
Perkara-perkara lain
- Ada kemungkinan
cysts akan datang kembali selepas rawatan. Oleh itu pemeriksaan seperti
ultrasound perlu terus dilakukan.
- Orang yang
mengambil pil perancang tidak sepatutnya menghadapi masalah cysts. Ini
kerana pil tersebut menghalang berlakunya proses ovulation (keluar telur).
Begitu juga orang yang belum baligh atau yang sudah mengalami menopause
juga tidak sepatutnya mengalami cysts. Sekiranya orang dalam kumpulan ini
mengalaminya, pemeriksaan lanjut segera diperlukan.
Alternatif Lain Sebagai Langkah
Mencegah
Setiap penyakit boleh dicegah. Sebagai langkah alternatif
selain daripada di atas, anda boleh
memakai korset Premium Beautiful kerana mengandungi FIR yang nyata boleh
mengecutkan cyst dan fibroid ini. Banyak testimoni yang diperolehi.
TESTIMONI
1)
Saya sendiri telah
mengalami masalah ini. Dan sekarang saiz cyst saya sudah berkurang dari 5 cm
kepada 1.9 cm sahaja selepas 2 bulan pemakaian.
2)
Dari seorang sahabat
melalui FB
Ada banyak lagi masalah-masalah sakit puan yang
dialami wanita-wanita masa kini. Dengan
corak pemakanan yg tidak sihat, kehidupan seharian yang tidak aktif, tidak
cergas, pendedahan kepada bahan-bahan kimia samada daripada persekitaran,
daripada kosmetik atau dari bahan-bahan kegunaan seharian ataupun dari
PEMAKAIAN TUALA WANITA BIASA/PANTY LINER di pasaran. Dah banyak pendedahan, dah
banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahayanya tuala wanita biasa ini. Tapi
apa yang menyedihkan tidak semua wanita yang peka dan sedar tentang bahaya ni.
Tuala wanita biasa/panty liner sangat-sangatlah bahaya kerana ia dibuat dari kertas
terpakai/serbuk kayu yang telah diputihkan menggunakan peluntur selama 30 jam.
Darah haid yang panas ini akan
bertindakbalas dengan bahan peluntur yang
ada dalam tuala wanita ini dan membebaskan satu bahan kimia yang sangat-sangat
lah bahaya, 130kali daripada arsenik (racun pembunuh yang senyap) iaitu
DIOKSIN. Dioksin ini akan diserap oleh faraj dan masuk ke dalam rahim kita dan
di sini ia akan mengaktifkan sel-sel kanser, mengaktifkan fibroid, menggalakkan
pembiakan bakteria dan sebagainya. Mungkin sekarang belum terjadi apa-apa lagi,
tapi kita kena ingat sel kanser mengambil masa 1-14 tahun untuk menampakkan
diri. So, beringatlah sebelum kena, rawatlah sebelum terlewat.
Jika anda berminat mencubanya hubungi 019-2677949 untuk penerangan dan pemakaian
percuma. Kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang lebih ceria bersama keluarga.
Tanpa ubat, tanpa pembedahan. Hanya
dengan pakaian dalam. Mudahkan???????