Pages

Sunday 13 May 2012

SIAPA YANG BAYAR?



Siapa yang patut belanja siapa? Tajuk cepu mas nih. Bagi pasangan sedang bercinta, mungkin persoalan ini jarang difikirkan. Asal bahagia, lelaki atau perempuan masing-masing sanggup keluarkan duit. Tapi cuba bayangkan kalau setiap kali keluar "dating" asyik perempuan aje yang belanja.

Tengok wayang adik bayar...
Masuk theme park adik belanja....
Main bowling adik keluar duit... dan macam-macam lagi....

Bagi pasangan suami isteri pulak, setiap hujung bulan, semua bil isteri yang bayar. Belum kira lagi duit rumah, anak, belanja dapur dan sebagainya.

Kerana cintakan dia, adik sanggup berbelanja tak kira apa, berapa harga, bila-bila masa pun, adik...adik...adik sayang..... BAYAR! Kalau happy, ok lah kalau tak happy?

Pertengkaran dan pergaduhan sering berlaku dan ada juga pasangan yang bercerai disebabkan masalah kewangan. Perlukah semua ini berlaku?

Lelaki dan cik abang zaman ini ramai yang ambil mudah bab wang ringgit dan nafkah. Pada mereka asal perempuan sanggup mereka pasti lepas tangan. Tapi sanggupkah kita kaum perempuan membiarkan saja perkara ini?

Kenapa perkara ini berlaku? Sebab perempuan kayakah atau sebab lelaki jahil tentang tanggungjawab?

Sebab itulah kita, kaum perempuan perlu lebih berhati-hati semasa bercinta, dan lebih mengira selepas berkahwin. Bukanlah pulak maksudnya perempuan tak perlu tanggung belanja rumah. Sesekali atau sebahagian daripadanya bolehlah. Tapi kalau semua, ini dah MELAMPAU

Oleh itu, wahai sahabat sahabat ku lelaki dan perempuan, marilah kita bersungguh-sungguh mencari rezeki agar sama-sama boleh berbelanja. Barulah semua rasa happy. Selain itu kita juga boleh belanja ibu bapa, saudara mara dan beramal dengan rezeki kita tanpa rasa kedekut.

Sebagai lelaki tingkatkan usaha untuk menanggung keluarga
Sebagai perempuan tingkatkan usaha untuk membantu suami
Barulah rezeki menjadi berkat dan diberkati Allah

Bolehlah dengan rezeki itu kita berzakat, bersedekah dan bermewah... Baru tiada siapa yang marah dan keluarga akan bahagia.

Sekadar hiasan. Kebahagiaan biarlah berpanjangan. Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penghalang
 kebahagiaan sampai hari tua.





SEKIAN DULU. JUMPA LAGI LAIN CERITA

No comments:

Post a Comment